Sunday, July 12, 2015

Surah AL HUJURAAT.



Surah 49: 

 
AL HUJURAAT (kamar-kamar).
Surah Al-Hujuraat terdiri atas 18 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah Al-Mujaadalah.
Dinamai “Al-Hujuraat” (kamar-kamar), diambil dari perkataan “Al Hujuraat” yang terdapat pada ayat 4 surah ini.   Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil Nabi Muhammad s.a.w. yang sedang berada didalam kamar rumahnya bersama isterinya.  Memanggil Nabi Muhammad s.a.w. dengan cara dan dalam keadaan yang demikan menunjukkan sifat kurang hormat kepada beliau dan menggangu ketenteraman beliau. 


Sumber;
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Hujuraat (1-18),       
[BS]
http://n12pengkalanpasir.blogspot.com/2013/05/al-hujjurat.html

Surah AL FAT'H.



Surah 48: 
 
AL FAT’H (kemenangan).
Surah Al Fat’h terdiri atas 29 surah, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah  Al Jum’ah.
Dinamai “Al Fat’h” (kemenangan) diambil dari perkataan “Fat-han” yang terdapat  pada ayat pertama surah ini.   Sebahagian besar dari ayat-syat surah ini menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad s.a.w.  dalam peperangan-peperangan nya. 
Nabi Muhammad s.a.w. sangat gembira dengan turunnya ayat pertama surah ini.  Kegembiraan ini dinyatakan dalam sabda beliau yang diriwayatkan Bukhari;  “Sesungguhnya telah diturunkan kepada ku satu surah, yang surah itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari”.  Kegembiraan Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah kerana ayat-ayat  nya menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh Muhammad s.a.w. dalam perjuagan nya dan tentang kesempurnaan nikmat Allah kepadanya.


Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Fat’h (1-29),

Ingin Berjaya ?





     DELETED DONE. 




.