Sunday, July 12, 2015

Surah AL FAT'H.



Surah 48: 
 
AL FAT’H (kemenangan).
Surah Al Fat’h terdiri atas 29 surah, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah  Al Jum’ah.
Dinamai “Al Fat’h” (kemenangan) diambil dari perkataan “Fat-han” yang terdapat  pada ayat pertama surah ini.   Sebahagian besar dari ayat-syat surah ini menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad s.a.w.  dalam peperangan-peperangan nya. 
Nabi Muhammad s.a.w. sangat gembira dengan turunnya ayat pertama surah ini.  Kegembiraan ini dinyatakan dalam sabda beliau yang diriwayatkan Bukhari;  “Sesungguhnya telah diturunkan kepada ku satu surah, yang surah itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari”.  Kegembiraan Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah kerana ayat-ayat  nya menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh Muhammad s.a.w. dalam perjuagan nya dan tentang kesempurnaan nikmat Allah kepadanya.


Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Fat’h (1-29),

No comments:

Post a Comment